Repair Motherboard

Apa itu Motherboard?

Dalam istilah pekar elektronik ianya lebih dikenali sebagai Mobo (singkatan bagi motherboard). Mobo merupakan sebuah papan utama dimana terdapat komponen-komponen serta chip controller yang bertugas mengatur lalu lintas data dalam sistem motherboard. Fungsi umum dari Motherboard adalah tempat memasangkan processor, RAM, VGA Card, Sound Card, Internal Modem, dan lain-lain

Komponen Motherboard

  • Socket Processor
  • Chipset
  • Bus Controller
  • Slot Memory
  • Slot Expansion
  • Port Drive
  • BIOS
  • ROM
  • Power Connector

Tanda-tanda Motherboard Rosak

Pernahkah Laptop anda seperti ini?

Kalau laptop on, tapi takda display kat screen ini adalah salah satu tandanya

Tekan button ON banyak kali sampai lenguh tangan pun laptop tak ON

Masuk adapter tapi power indicator tak keluar

Auto shutdown, auto restart

Repair Motherboard

Bagaimana hendak menyelesaikan maslah ini?

Motherboard laptop Laptop MAHAL GILE!!! bukan macam motherboard PC.

Macam anda beli kereta second hand, ade je yang tak kena.

Kadang-kadang ada bahagian elektronik yang longgar atau rosak seperti power jack. Kos Repai lebih kurang RM70-100 sahaja.

Kos Repair sangat murah. Anda pun boleh buat. Ambil hair dryer,  cuma panaskan sahaja chipset tersebut. Jika bernasib baik, Laptop akan pulih seperti biasa. Tapi saya jamin tak sampai 1 bulan iakan rosak semula.

 Proses reballing amat rumit dan mengambil masa yang panjang. Ia dilakukan oleh mereka yang pakar. Kerana reballing adalah proses membuat semula kaki chipset yang saiz nya hanya 0.5mm. Boleh bayang tak betapa kecilnya kaki chipset ini. Kenapa reball? Reball adalah satu prosecess ‘chipset reengineering’. Ia dilakukan oleh Profesional Engineer Chip Level. Ramai juga yang boleh buat di Malaysia ni. Tapi lebih ramai juga ‘pakar’ menjahanamkan mobo laptop anda. Anda harus ingat, mobo laptop amat MAHAL!

Tukar seketul chipset baru. Sekiranya Chipset anda telah dirogol oleh kononnya ‘pakar’ sehinggakan chipset anda total lost. Paling sedih, bila customer datang mengadu, pernah tukar chipset sebelum ini, tapi bila kami cek, chipset telah ‘dirogol’ sampai hitam.

Biasanya motherboard yang rosak ini adalah kerana chipsetnya. Tapi ramai yang tertipu dengan ‘pakar’ diluar sana. Asal laptop tak boleh on jer, chipset rosak… Asal chipset rosak jer, tak boleh on. Kami bersimpati pada anda yang pernah kena tipu sebelum ini.

Apakah chipset? Chipset ini adalah umpama jantung sesebuah laptop/ komputer. Chipset juga merupakan tempat haba motherboard disalur keluar. Punca utama chipset rosak ialah over heating yang disebabkan saluran pengudaraan tersumbat akibat habuk.

Ada cara yang mudah untuk membaiki chipset ini seperti ‘reflow’ atau ‘reheat’ chipset yang rosak tersebut. Cara ini memang berkesan tetapi haruslah diingat motherboard anda pasti akan rosak kembali! Ini saya jamin! Kerana secara tak langsung, membaiki sebegini umpama buat pembedahan ‘bypass’ kat jantung! Kadang-kadang Pengeluar Laptop (HP/Toshiba/Acer) salu buat terhadap laptop under Warranty. Sebab saya pun dah terkena. Menyesal tak sudah… Tapi ingat!!! Reheat / Reflow risikonya amat tinggi. Ia mungkin akan mengakibatkan motherboard anda ‘total lost’.

APA YANG KAMI BUAT ?

Di DrLaptop.my, kami mempunyai SOP bermula anda berhubung dengan kami sehinggalah selepas kami serahkan semula laptop anda. Kami akan perjelaskan satu persatu kemungkinan korosakan laptop anda. Kami akan berkongsi dengan anda sebanyak mungkin informasi supaya anda boleh berpesan-pesan kepada yang lain. Kami juga amat teliti semasa pengendalian mobo laptop anda. (Alhamdulillah, so far yang buat dengan kami takda sapa lagi yang hantar balik)

Kenapa jaminan lebih panjang berbanding kedai lain?

Kami memberi jaminan yang panjang kerana kami yakin dengan servis dan workmanship kami Kerana kami servis kami berkualiti dan boleh dipercayai. Kami juga tidak menyasarkan kepada kuantiti yang kami baiki. Jika anda mahu proses baikpulih yang cepat tetapi rosak berulang kali, maaf kami bukan orangnya. So selepas ini, kalau ada laptop yang motherboard rosak, jangan buang lagi, hantar kepada kami untuk dibaiki.

Kenapa nak tukar motherboard sedangkan anda boleh membaikinya?

Change Laptop USB

USB adalah benda wajib pada sesebuah laptop. Ketiadaan USB memang merunsingkan. Nak buat semua benda tak boleh. So, Kami share bagaimana cara untuk tukar USB.

Tukar Screen Laptop

Perempuan pun boleh buat

Close Menu