PENGASAS

Mr Zee (Founder)

” Laptop sama macam kita juga, kadangkala sihat, kadangkala sakit. Bila dah sakit, kena lah jumpa Doktor ” 

Mr Ed (Founder)

”Jangan biarkan Laptop anda       tenat hari demi hari. Dapatkan tips-tips berguna atau rawatan daripada sang Doktor ” 

Maklumat korporat

RINGKASAN EKSEKUTIF

DrLaptop.my merupakan sebuah syarikat bumiputera yang telah beroperasi sejak tahun 2010 dan telah didaftar secara rasmi pada Februari 2013. Sebelum ini,  DrLaptop.my telah beroperasi di Kuala Lumpur bagi membina jaringan perniagaan yang kukuh. Kini, DrLaptop.my beroprasi sepenuhnya di Ipoh, Perak.

DrLaptop.my adalah sebuah entiti yang menjalankan aktiviti perniagaan membaiki dan membekal alat ganti komputer peribadi dan komputer riba. Dengan memiliki kepakaran di dalam bidang ini, DrLaptop.my akan berusaha membantu menyelasaikan pelbagai masalah pelangga berkaitan komputer peribadi dan komputer riba. DrLaptop.my juga merupakan usahawan yang berdaftar di bawah usawhawan bimbingan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Kekuatan kami adalah jaringan perniaggan dengan pembekal-pembekal di dalam mahupun luar Negara yang telah dibina sekian lama bagi memperoleh alat ganti yang paling berkualiti pada harga yang paling rendah. Disamping itu, tenaga kerja yang mahir menjadi tunjang kepada kualiti hasil kerja kami.

Adalah menjadi tanggungjawab DrLaptop.my sebagai pengusaha bumiputera di Negeri Perak untuk bersama-sama mengembangkan lagi industri ICT untuk menjadikan Perak sebagai hub ICT di Malaysia.

DrLaptop.my adalah seperti ‘vendor’. Kami memberi perkhidmatan kepada pelanggan sebagai rakan yang boleh dipercayai dan menyediakan mereka dengan kesetiaan sebagai rakan kongsi perniagaan. Kami memastikan bahawa pelanggan-pelanggan kami mempunyai apa yang mereka perlukan untuk menjalankan perniagaan / kehidupan seharian mereka sebaik mungkin, dengan kecekapan dan kebolehpercayaan maksimum. Kebanyakan aplikasi maklumat kami adalah misi kritikal, jadi kami memberikan pelanggan kami jaminan bahawa kami akan berada di sana apabila mereka memerlukan.

  • Menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan
  • Memenuhi setiap kehendak pelanggan
  • Mempastikan kepuasan pelanggan ditahap maksimum

Kualiti:

Setiap perkhidmatan dan produk daripada DrLaptop.my mempunyai tahap kualiti yang tinggi

Inovasi:

Sentiasa menampilkan kelainan demi kepuasan pelanggan

Ikhlas:

Ikhlas dalam menjalankan segala urusan dan tidak bermatlamatkan untung semata-mata

PROFIL SYARIKAT

Latar Belakan Pemilik

Nama Pemilik: Wan Khairul Faizee Bin Wan Zulkifli
Alamat: 1292, Jalan Bunga Tanjong, Kg. Sungai Tapah, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tarikh Lahir: 4 Oktober 1983
Jantina: Male
Jawatan: Pengasas Syarikat
No. H/P: 012-5007411
Kelayakan Akademik: BBA (Hons.) Marketing, UiTM Shah Alam

Latar Belakang Syarikat

Nama Syarikat: DR LAPTOP DOT MY
No. Pendaftaran: IP0384659-A
Tarikh pendaftaran: 19 February 2013
No. Telefon: 05-5260449 / 012-5007411
Email: drlaptop.my@gmail.com
Jenis Perniagaan: Membaiki dan Menjual Alat Ganti Komputer Peribadi dan Komputer Riba; Perisian dan; Rangkaian
Pengalaman: 5 Tahun
Akaun Bank: CIMB Bank Islamic – 8601243786
Close Menu